Kempen Daftar SPR Puteri UMNO Bahagian Alor Setar

Wednesday, March 3, 2010


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar telah membuka kaunter pendaftaran SPR sempena Jualan Celcom selama 2 hari, iaitu mulai 27 dan 28hb Februari 2010 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Ruang Legar City Plaza Alor Setar.

 Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan pendaftaran selama 2 hari tersebut agak memuaskan.

Puteri Alor Setar Melawat Keluarga Ahli Puteri Yang Sakit


Kampung Tok Keling, 26 Februari 2010 (Jumaat) : Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar melalui biro kebajikannya telah mengadakan kunjungan ihsan terhadap ibu kepada ahli puteri cawangan itu iaitu Puan Fauziah yang terlantar sakit akibat kencing manis ditahap kritikal.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pergerakan tersebut Saudari Maizatul Miza Mohd Disa telah membawa bersama sedikit buah tangan untuk Puan Fauziah.

Puan Fauziah merupakan seorang yang aktif dalam Pergerakan Wanita di cawangannya satu waktu dulu didalam keadaan sihatnya.

Perarakan Maulidul Rasul UMNO Bahagian Alor Setar


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Saudari Maizatul Miza Mohd Disa turut sama-sama menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul yang telah dijalankankan pada 26hb Februari 2010 yang lalu yang dianjurakan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Alor Setar.

Selain Pergerakan Puteri UMNO, program yang berjalan itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar.

Perarakan ini bermula dari Kampung Kelompang menuju ke Masjid Teluk Kandeh dalam DUN Alor Mengkudu. Hampir 200orang terlibat dalam perarakan ini yang mana ianya terdiri dari semua ahli sayap-sayap dan masyarakat sekeliling.

Puteri Alor Setar Melawat Ibu Bersalin

[Gambar Atas] Saudari Maizatul Miza (Ketua Puteri UMNO Bahagian Alor Setar) sedang memegang anak kepada Mantan Ketua Puteri

[Gambar Bawah] Bergambar kenangan bersama Saudari Norhafizah Ishak, AJK Puteri UMNO Bahagian Alor Setar

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar, Maizatul Miza Mohd Disa bersama jawatankuasa melawat beberapa ibu di sekitar Parlimen Alor Setar yang baru melahirkan cahaya mata.

Lawatan berkenaan bagi bertanya khabar serta berkongsi kegembiraan dengan kelahiran cahaya mata pasangan suami isteri berkenaan.

Pada setiap rumah dikunjungi itu, beliau menyampaikan hamper berupa barangan keperluan bayi daripada Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang juga ADUN Bakar Bata, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Antara rumah yang dikunjungi adalah kediaman Sharifah Adawiyah Syed Ismail, mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar dan kediaman Norhafizah Ishak, AJK Puteri Bahagian Alor Setar.

Syukur alhamdulillah, kesemua ibu dan anak-anak yang telah Puteri UMNO Alor Setar lawati berada didalam situasi yang baik dan kesihatan yang memberangsangkan.

 
 
 

Berita Harian : Mutakhir

Berita Harian : Nasional

Berita Harian : BeritaUtama

BERNAMA